Assalamualaikum / Salam sejahtera

Segala peneranagan atau komen penulis blog ini adalah berdasarkan pengalaman semasa dan dirinya sendiri. Oleh itu, sengala yang pandangan dan komen penulis adalah bukan menggambarkan pandangan umum sebaliknya ia adalah berdasarkan penilaian penulis sendiri. Oleh itu, pemilik blog ini tidak bertanggungjawab keatas kerugian yang di tanggung oleh mana-mana pihak di sebabkan blog ini.



Restoren Selera Cik Siti


Restoren Selera Cik Siti terletak di Jalan Mahmood, Kota Bharu. Restoren ini bersebelahan dengan kedai agensi insurance UNI ASIA dan Cawangan Kedai Kain KAMDAR. Restoren ini berada lebih kurang 50 meter dari simpang 4 yang menghubungkan Jalan Mahmood, Jalan Pengkalan Chepa dan Jalan Kebun Sultan.

Restoran Ini menawarkan hidangan masakan panas dan masakan jenis 'western'. Pada waktu siang, restoran ini hanya menyediakan tempat makan di dalam kedai sahaja. Sebaliknya, pada waktu malam restoren ini akan turut meletakkan meja-meja makan kepada pengunjung pada kawasan parking kereta di hadapan restoran ini. Kawasan parking ini dipisahkan dengan tempat pejalan kaki dan pohon-pohon besar dengan jalan raya di hadapannya.

Kedudukan restoran ini adalah strategik kerana ianya berada dikawasan yang berhampiran dengan bangunan-bangunan komersial seperti kedai, bank, pejabat dll. Serta ianya juga berada berhampiran dengan bangunan-bangunan kerajaan yang menempatkan pekerja awam seperti sekolah, hospital, pusat perubatan pergigian pejabat pendidikan dan pejabat majlis perbandaran.


Katanya Penulis..

Servis

Pada saya, restoran ini mempuyai susun atur dalaman yang menarik. Ianya agak simple namun dengan tone warna, perabot dan susunannya dilihat sejuk mata memandang laa.

Selain itu dari segi kebersihan, Restoran ini dilihat agak bersih pada kawasan meja pengunjung dengan lantai dan mejanya tersusun rapi, tiada sisa makannan di atas dan bawah meja serta lantai. Walaupun saya tidak pergi ke bahagian belakang/dapur, tapi saya menganggapkan keadaannya juga sama kerana sepanjang saya berada disini, tidak kelihatan lalat atau semut walaupun restoran ini bukan berhawa dingin. Pekerja-pekerja restoran ini juga di lihat menjaga kebersihan diri dengan pakaiaan uniform restorannya yang bersih ,rambut tak serabai, yang perempuan bertudung dan kuku tak panjang. Restoran ini juga telah mendapat status 'A' dari majlis perbandaran dari segi kebersihan kedainya.

Secara keseluruhannya, restoran ini menawarkan servis yang baik. Namun, untuk penambah baikan, saya rasa pengurus restoran harus cuba mengelakkan pekerjanya (selain pelayan) tidak berada di bahagian depan restoran hingga dapat di lihat oleh pengunjung. Bak kata orang, tak 'mbeh' mata memandang. Serata pelayan2nya, tambahkan manis dalam senyuman :-)

Hidangan

Restoran ini menghidangkan masakan panas dan western pada menunya. Hidangan panasnya yang di lihat oleh saya adalah lebih kurang seperti restoran lain dengan masakan sup, tom yam, mee, nasi goreng dan sebagainya. Namun buat pertama kali saya berjumpa Nasi Pakhapau. Saya rasakan satu hidangan yang agak pelik bunyinyerr pada saya tapi kata syed benda nie biaseerr jerr kat KL gituu. Kat nasi nie ade ayan yang dia masak macam paprik, ada telur mata... emmm tade lah pelik masakan nie cuma nama jerr gempak. Rasanyer??..emm.. boleh lahh. tade special sangat. tak tau lah tempat lain kat KL sedap tak macam nie.

Parking

Parking kereta adalah satu kelebihan pada restoran ini mengikut pandangan saya. Restoran ini mempunyai banyak parking di sekitarnya termasuk dihadapan kedai itu sendiri. Bahu jalan yang agak lebar di hadapan restoran ini memberi kemudahan kepda pengunjung untuk parking (waktu malam ajerr lah! siang kena saman lah! ha ha ha). Pada waktu siang parking kereta adalah berbayar kerana ia milik MBKB. malam jerr free
Harga

Harga??... emmm pada pendangan penulis lebih kurang sama ngan harga kedai2 lain di sekitarnye. Standard harga bandar. Tapi pada masakan western, iaitu chicken chop yang di cuba oleh saya.. harganyerr adalah murah mengikut kata kawan saya AP.. (sory AP aku guna nama ko!)


P.K Corner

P.K Corner terletak di bandar Kota Bharu bersebelahan dengan bangunan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina, Kelantan. Kedai ini berhampiran dengan simpan empat yang menghubungkan Jalan Mahmood dan Jalan Kebun Sultan.


PK Corner menawarkan hidangan masakan panas seperti masakan jenis tom yam, sup, mee, kuey teow (char kuey teow tidak ada) dan nasi goreng. Selain itu ia juga turut menawarkan minuman sejuk dan panas. Kedai ini beroperasi pada pukul 12 tengahari dan berakhir pada pukul 12 tengah malam.

Katanya Penulis..

Servis

Kedai nie terletak pada tempat strategik dimana di seklilingnya terdapat banyak bangunan komersial seperti bank, pejabat2, kedai2, pasaraya, dan lain2 lagi. Oleh itu, kedai ini ramai pengunjungnya maka paham2 lah yerr kalu pesanan anda agak lewat sampai di meja atau pun anda tidak ada meja nak duduk. Pada pendapat saya, kalu anda nak cuba kedai ini pergilah pada waktu bukan 'pick hour' dan juga bukan pada waktu malam kecuali anda memang nak pergi untuk suka2, lamabat pun tak kesah. Ini kerana sepanjang sy pergi ke kedai ini (mungkin kebetulan tak bernasib baik), waktu malam memang ramai pelanggan dan 'super' lambat pesanan sy sampai. Waktu maghrib memang lengang sebab waktu solat beb!

Hidangan

Untuk kedai ini sy telah cuba tom yam, daging masak merah dan ayam masak merah. Ketiga2nye memang sedap! sy kasi 4 bintang! walaupun bagi tom yam, isi kandungan lauk di dalamnya agak kurang tapi rasanye cukup rasa masam, manis, masim, serai, limau purut, bla, bla, bla.... pendak kata sedap jerr lah! Daging msk merahnya pun sedap gak! tak payah lah say taip bla2 tu lagi. Menurut kawan sy yang di bawk nye sekali ke kedai tu, dia kata lah, " kat sini aku rasa kuey teow yang best, kat kedai kite gie ari tu dan kedai nie!" Maknanye kedai nie memang sedap berdasarkan faktor kawanye sy nie meng suka makan kuey teow dan sudah tentu dia berkata berdasarkan rasa lidah dia terhadap kedai2 sebelum nie.




Parking

Parking adalah satu faktor yang diambil kira bagi sesetengah orang untuk pergi ke sesebuah kedai makanan. Bagi PK Corner, parking adalah satu hal yang agak masalah mengikut pandangan sy. Ini kerna seperti yang sy beritahu, kedudukan kedai ini yang di kelilingi oleh bangunan2 kormesial dan terletak berhampiran persimpangan jalan, parking untuk kenderaan terutama beroda 4 adalah kritikal! org puteh kat kelantan sebut, " payoh sunggoh nok paking!!"

Harga

Harga hidangan kat sini, emmm... boleh lah dengan rasanye. Lagi pun kedai nie kat kawasan bandar, tengah2 bandar pulak tu, kira standard lah.